Monday 28 May 2012

Cara Penggunaan Terapi Kaki Kayu Jati (TKKJ)

Cara Penggunaan :


Berdasarkan gambar di atas, jelas kelihatan spring khas siap dipasang di bahagian bawah tapak kayu jati untuk memberikan daya keanjalan apabila ditekan dari bahagian permukaan atas. Berbeza dengan terapi kaki selipar, rekaan terapi kaki kayu jati ini lebih memberikan impak kepada tapak kaki kita apabila menggunakannya.

Sambil menonton TV dan tangan diletakkan di bahagian belakang sofa, mulakanlah proses terapi kaki kita dengan memijak-mijak terapi kayu berkenaan secara bersahaja. Kalau boleh gunalah kaedah berikut:
  1. Pijakan pengenalan - bermaksud memijak-mijak sambil cuba mengenali pada titik refleksi manakah tapak kaki kita merasa sakit yang teramat sangat. Titik yang kita rasa teramat sakit menunjukkan itulah tempat, organ  atau anggota badan kita menghadapi masalah. Oleh itu untuk menyembuhkannya, teruskan pijakan pada bonjol berkenaan sehingga rasa sakit berkurangan atau hilang terus. Namun begitu, jika sekiranya selepas 10-15 minit rasa sakit yang dialami hanya sedikit sahaja berkurangan, maka anda dinasihatkan berhenti dan cuba melakukannya pada waktu lain. Sebagai contoh, jika kita mula menggunakan alat ini pada waktu pagi, maka kita hendaklah melakukannya pada waktu malam sebelum tidur.

  2. Pijakan khusus - saya namakan teknik ini sedemikian dengan andaian kita sudah tahu dan kenal dimanakah titik refleksi pada kaki yang perlu kita berikan perhatian lebih. sebagai contoh, berdasarkan gambar di atas, jika kita tekan pada titik 10 terasa sakit, itu menunjukkan kita menghadapi masalah sakit bahu. Maka, kita perlulah banyak memberikan tekanan pada titik berkenaan apabila kita menggunakan alat ini. Apabila kita pijak pada titik berkenaan tiada lagi memberikan apa-apa rasa sakit, itu menunjukkan bahu kita yang sakit sudah pulih sepenuhnya.

  3. Pijakan umum - kaedah ini digunakan hanya untuk mengekalkan tahap keselesaan pada semua anggota badan kita yang sudah pulih sepenuhnya. Walaupun katakan sudah tiada lagi rasa sakit pada bahagian tapak kaki apabila menggunakan alat ini, kita tidak boleh berhenti dari menggunakannya. Pijakan pada alat ini perlu terus dibuat pada waktu pagi dan malam agar  perjalanan darah kita terus berjalan lancar. Apabila perjalanan darah berjalan lancar, tiada kes saluran darah tersumbat akan berlaku. Maka, insya'allah dengan izin Maha Kuasa, kita akan terus sihat dan dapat meneruskan amalan ibadat tanpa perlu menghadapi masalah sakit dan sebagainya.

Perhatian:

  • Apa yang saya tunjukkan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan saya BUKAN pakar atau mempunyai apa-apa kelulusan resmi dalam bidang ini. Saya sebelum ini menghadapi masalah SAKIT PINGGANG, KENCING MALAM dan BENGKAK KAKI. Tetapi selepas menggunakan alat ini, hanya selepas 3 HARI sahaja, masalah kesihatan yang saya hadapi hilang terus! 

    Saya adalah ahli sukan yang setiap hari mengayuh basikal roadbike maupun MTB! Tetapi bersukan boleh menyebabkan saya terpaksa menghabiskan banyak duit untuk mengupah orang mengurut saya lantaran banyak urat saraf saya jadi tidak betul menyebabkan saya mengalami masalah kejang otot di sana-sini!

     Tetapi sejak saya mengamalkan penggunaaan TERAPI KAKI KAYU JATI ini saya TIDAK PERLU LAGI mengupah tukang urut, mengambil pil tahan sakit maupun menghadapi masalah bengkak kaki atau kencing pada waktu malam!

    Pendek kata, kita hanya perlu melabur sekali sahaja dan keuntungan yang kita perolehi adalah cukup nikmat sekali..yang paling best, hubungan kita dengan isteri makin erat dari hari ke hari!!....

     

No comments:

Post a Comment